
Software
ni pernah aku highlight dalam artikel aku sebelum ni berkenaan
kekuatannya sebagai backup data yang menggantikan Symantec Norton Ghost
yang popular sejak dahulu kala.
Namun akibat kekangan yang
software tersebut memerlukan lesen, maka pembangun open source telah
membina satu software yang berfungsi sama dengan norton ghost ni tapi
tanpa kos diperlukan oleh penggunanya.
Maka wujudlah clonezilla ni.
Hasil pembacaan aku tentang clonezilla ni terdapat beberapa fungsi penting di dalamnya :
1) Mampu clone pc user termasuk partition untuk backup dan restore kembali nanti.
2) Mampu clone pc secara deployment serentak hampir 40 PC melalui penggunaan server to client clone
3) Mampu berfungsi tanpa perlu lesen
4) Mampu berfungsi dengan menggunakan Live CD Clonezilla atau USB Flash Drive/USB Hard Drive untuk backup pada single PC
Aku pernah tengok ada video tentang ada user clonezilla ni clone Windows XP pada 21 PC serentak. Tengok kat sini -
Youtube clonezillaSo setelah tengok kelebihan ada pada clonezilla ni aku pun download versi Live CD.
Download disini.So
bila dah download ni aku pun cuba buat clone Hard Disk pada PC
Praktikal yang menjadi mangsa ujianku.muahahahhaha...Takpe takde budak
praktikal sekarang ni.
Aku refer cara-caranya di website ni.
Clonezilla tutorialSo aku cuba clone PC Source A kepada Target B.
Spesifikasi :
HDisk - sama besar
- sama partition
OS - Windows XP SP2
Application - OpenOffice dan bermacam-macam lagi
Hostname PC - hami
Semakan pada PC Source dan PC Target :
1) Pastikan size HDisk Target adalah sama atau lebih besar daripada size HDisk Source
2) Pastikan komponen part dalam PC adalah sama dengan PC Source
3)
Kalau size HDisk Source adalah sama atau lebih besar daripada size
HDisk Target, leh gunakan software GParted, tapi yang aku guna Live CD
ni takde function tu. Yang tu ada dalam versi DRBL untuk server
version/Clonezilla SE(Server Edition). GParted boleh ejas partition tu
kasik sesuai dengan PC Target. Tapi kalau nak lagik mudah buat clone
hdisk by hdisk dan bukan FULL HDisk yang termasuk semua partition.
Aku gunakan external hard disk SCSI 80GB untuk simpan image file clone PC Source A tu.
Step : (Rujuk nota turotial tu juge)
1) Masukkan CD Clonezilla masa start PC
2) Kalau PC tak leh boot pada CD tukar pada boot menu (PC ni tekan F2)
3) Akan keluar menu-menu installation seperti di tutorial tersebut.
4) Setelah selesai cerate Image file harddisk tersebut shutdown PC
5)
Buka PC yang target nak clone. Gunakan CD Clonezilla tersebut untuk
boot dan pilih restore full jika buat clone full Harddisk sebelum ni.
6) Pastikan juga harddisk source Image tu dah diplug pada PC target tersebut.
7) Mulakan restore clone tersebut dan sehingga selesai.
8) So setelah berjaya restart PC anda dan dapati anda akan dapat clone PC yang sama specs dan update seperti PC Source.
9) Selepas tu anda perlu tukar Security ID Windows dan hostname untuk langkah keselamatan. Gunakan software dari Microsoft
NewSID bagi
tujuan setup auto newsid dan juga boleh setting manually hostname untuk
PC tersebut bagi elakkan masalah apabila PC tersebut digunakan secara
online.
10) Selain tu boleh gunakan
DRBL winroll
untuk create new hostame yang boleh dipilih secara auto (pilihan ambil
MAC Address atau manually keyin nama host). Tapi jaga-jaga bila guna
software ni. Software ni sebenarnya guna untuk deploy windows clone
secara auto yang akan termasuk sekali boleh tukar hostname. Jaga-jaga,
selepas tukar hostname sila run semula untuk remove software tersebut.
Untuk mengurangkan saiz image boleh ikut step ke-5 nota rujukan di bawah.
Selain
tu bagi kegunaan clone PC ni untuk PC baru yang nak distribute memang
cun. CEPAT DAN MUDAH. Install sesiap software standard dalam PC Source
dan terus update patch Antivirus dan patch WINDOWS then barulah create
image.
Kalau PC sama rosak nanti leh guna image tu nak clonekan. Tak la susah pening kepala.
Jadi selamat mencuba.