Then hari berikutnya, aku pon terus pergi ke Maybank tempat biasa selalu aku deposit duit SSPN, sampai jer di bank, pegawai bank bagitahu aku bahawa duit SSPN tidak boleh dikeluarkan. Hanya deposit dan pembukaan akaun sahaja. so tanya dia dimana boleh aku keluarkan duit tersebut. Dia ckp di cawangan SSPN, di Permatang Pauh, Dalam Politeknik Seberang Perai.
Fuh.. terus rasa frush. Kalau korang nak tahu. SSPN hanya boleh keluarkan 10% duit simpanan kita, setahun hanya 1kali sahaja.
Serba sedikit tentang SSPN
1) Mudah Tunai
Maksudnya, dengan hanya mengisi borang sahaja, anda sudah boleh “cash” kan simpanan anda. Tidak perlu bersusah payah menunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun sepertimana yang perlu anda hadapi jika cuba menjual hartanah anda.
2) Potongan Cukai
Bagi mereka yang “tidak layak” untuk membayar cukai, mungkin kelebihan ini tidak langsung memberikan apa-apa kesan. Tetapi bagi mereka yang “layak” membayar cukai, pengecualian potongan cukai sebanyak RM3,000 setahun kerana menyimpan di SSPN , adalah sesuatu yang memberangsangkan.
3) Perlindungan Insuran
Nampaknya, agen-agen insuran yang menjual polisi-polisi insuran untuk pendidikan perlu berkeja lebih keras lagi selepas ini. Ini kerana, PTPTN juga turut memberikan perlindungan insuran sebanyak RM50,000 kepada setiap pendeposit. Maksudnya, apabila anda sebagai bapa, telah membuat simpanan sebanyak RM1,000 (syarat untuk layak dapat perlindungan insuran) di SSPN, anda tidak perlu risau lagi tentang masa depan dan “tabung pendidikan” anak anda jika selepas itu, anda terpaksa berhijrah ke alam barzakh (pergh! ayat..). Ini kerana, apabila anda berhijrah ke alam barzakh, automatik, wang pampasan berjumlah sehingga RM50,000 akan di masukkan terus ke akaun SSPN anak anda.
4) Dijamin Kerajaan.
Walaupun saya tidak pasti sejauh mana boleh pakainya “jaminan” tersebut. Tapi, sekurang-kurangnya, ia memberikan sedikit kelegaan dan rasa selamat kepada saya.
5) Geran sepadan
Ini pula faedah yang akan diperolehi oleh ibu-bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,000 sebulan. Maksudnya, jika anda adalah seorang penarik beca yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan, dan anak anda adalah seorang pelajar yang cemerlang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Anda akan mendapat hadiah (geran) sebanyak Rm10,000 dari SSPN.
6) Boleh check akaun online
Ini adalah ciri yang paling saya suka. Serius!, ia memudahkan saya untuk memantau dan membuat perancangan tentang dana pendidikan anak-anak saya….. sehingga kini, saya masih ternanti-nanti, bilakah ASB dan Tabung Haji boleh buat checking secara online.
Saya kira, itulah antara ciri-ciri yang menarik perhatian saya tentang skim SSPN ini, kelebihan lain, anda boleh baca sendiri di web PTPTN.
Ok.. itu cerita mengenai kelebihan SSPN.. Kekurangan ia pula?… (setiap perkara mesti ada kelebihan dan kekurangan kan..)
1) Susah nak keluar. (ini yang saya tengah pening)
Nampaknya, SSPN memang betul-betul “strict”kan simpanan ini khas untuk “tabung pendidikan anak-anak” anda… kalaulah anda terdesak sangat mahu membeli PS3 dan bercadang nak keluarkan wang simpanan SSPN anak anda.. memang tak dapat lah jawapnya. Ini kerana, setiap tahun, anda hanya boleh keluarkan wang dari SSPN sekali sahaja! dan had maksimun pengeluaran pula hanyalah RM500 sahaja ataupun 10% dari jumlah simpanan .
Kalau nak keluarkan wang tersebut 100%.. kena tunjuk surat tawaran masuk ke IPT atau surat berhenti sekolah atau.. sijil kematian (erk!).
2) Dividen Rendah
Jika hendak dibandingkan dengan unit trust, pelaburan saham dan pelaburan hartanah, susah semestinya, % dividen yang diberikan oleh SSPN adalah rendah… hanya sekitar 3-5% setahun. Tapi saya kira, ianya masih berbaloi.. jika kita melihat pada manfaat-manfaat yang diberikan diatas tadi.
Tips saya, apa yang saya lakukan, setiap tahun, saya hanya simpan RM3,000 sahaja di SSPN. Ianya sebenarnya hanyalah bertujuan untuk mendapatkan potongan cukai, dan saya kira, amaun sebanyak itu sudah memadai, ini kerana, selepas 18 tahun (umur anak masuk IPT), wang yang terkumpul akan berjumlah hampir RM60,000. Saya kira, jumlah itu sudah memadai untuk “Plan B” bagi tabung pendidikan anak saya. Diulangi.. Plan B.
*** anak aku baru umur 3tahun, hehehe rasa nak terminate jer terus SSPN dia , nak cari bank lain untuk simpanan masa depan. Maaf SSPN anda memang perihati tapi anda menyusahkan hidup kami.