SKT (Sasaran Kerja Tahunan)
Assalammualaikum... aku nak cerita pasal SKT bagi pekerja-pekerja GOMEN
nie... kalau tak buat tak boleh, nanti kata tiada prestasi tahunan,
adoiyaiii... aku tak tahu laaa macam mane nak menilai manusia, benda ini
SUBJEKTIF, mane tak nye.. manusia menilai sesuatu dari PANDANGAN
LUARAN, EMOSI, dan SITUASI. Bagi aku tak laaaa... manusia nie kita tak
boleh menilai, masing-masing ada kebolehan dan kekurangan, bagi yang
suke menilai pada POSITIF dan mungkin ada yang menilai pada NEGATIF,
 |
| ( sistem bodek membodek bos ) |
" Rendah sangat ke MARKAH LNPT 84.67%?
"pegawai yang dinilai mempunyai kebolehan dengan latihan mampu melaksanakan tugas lebih mencabar"
Macam mane penilaian yang dilakukan?
A = berapa peratus ?
B = berapa peratus ?
C = berapa peratus ?
D = berapa peratus ?
E = berapa peratus ?
F = berapa peratus ?
Hasil kerja yang bagaimana nak dilakukan?
Kalau soalan ini pun tak boleh nak jawab lebih baik tak payah menilai
orang, sedangkan.. dalam syarat-syarat kerja yang sepatutnya ditugaskan
untuk menjawat jawatan sekarang ini adalah kurang daripada yang
sepatutnya dilakukan.
adakah itu dikira kita tak mencapai tahap yang dikehendaki, ini la masalhnye sistem GOMEN
yang menampakkan kelemahan kepada sistem itu sendiri, tak ada pelarasan
terhadap setiap penilaian itu sendiri. ermmm... teruk bunyi nye, malas
aku nak komen banyak-banyak. Bagi aku sekiranya penilaian yang akan aku
lakukan terhadap menusia-manusia ini aku akan tanya "APE
JENIS-JENIS KERJA YANG SEPATUTNYA ANDA LAKUKAN? dan "SEKARANG KERJA
BAGAIMANA YANG ANDA TELAH LAKUKAN? ADAKAH TELAH MELEBIHI APA YANG
SEPATUTNYA? sekiranya telah melebihi tahap kerja yang anada
lakukan saya akan berikan 100%... saya akan menjawab bagi pihak anda
sekiranya ada sebarang pertanyaan... dan saya akan nyatakan bukti-bukti
kukuh untuk menjawab persoalan. INSYAALLAH..
Tugasan 1 : Mengikut dalam FAIL MEJA ( fail meja nie adalah tugasan HAKIKI )
Contoh 1 : "MENYEDIAKAN LAPORAN TAPAK" maka anda telah melakukan kesemua
kerja-kerja tersebut.. maka anda akan mendapat 100% markah.. dengan
siap sepenuhnya.. kenapa dapat 90%? tak faham... adakah laporan itu
dibuang @ tidak diterima? sungguh SUBJEKTIF.
Tugasan 2 : Mengikut dalam FAIL MEJA ( fail meja nie adalah tugasan HAKIKI )
Contoh 2 : "MEMBUAT SEMAKKAN PADA DRAWING PLAN" maka anda telah
melakukan dan drawing telah diluluskan untuk pembinaan sehingg siap..
maka anda akan mendapat 100% markah.. akan tetapi anda mendapat 80% ?
kenapa kurang adakah tak mencapai sasaran kerja? adoiyai sungguh SUBJEKTIF
Dan sekiranya pada yang suka menggunakan KIPAS mesti dapat CEMERLANG kan kan kan... dimana keadilannye... cuba tengok?
 |
| ( sejuk tak.. ada duit mesti boleh punya sejuk ) |
Aku tak kesah la nak bagi markah berapa pun aku terima, tapi tak
sepatunya MANUSIA MENILAI MANUSIA, mesti ada kepincangan. so
sesungguhnya aku tak suka menilai org. Hanya ALLAH sahaja yang boleh
menilai umat-umatnye... wallahualammissawab.
*REZEKI ITU BUKAN DATANG DARI MANUSIA, REZEKI ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T *