SKT (Sasaran Kerja Tahunan)

Assalammualaikum... aku nak cerita pasal SKT bagi pekerja-pekerja GOMEN nie... kalau tak buat tak boleh, nanti kata tiada prestasi tahunan, adoiyaiii... aku tak tahu laaa macam mane nak menilai manusia, benda ini SUBJEKTIF, mane tak nye.. manusia menilai sesuatu dari PANDANGAN LUARAN, EMOSI, dan SITUASI. Bagi aku tak laaaa... manusia nie kita tak boleh menilai, masing-masing ada kebolehan dan kekurangan, bagi yang suke menilai pada POSITIF dan mungkin ada yang menilai pada NEGATIF,  

( sistem bodek membodek bos )

" Rendah sangat ke MARKAH LNPT 84.67%?
"pegawai yang dinilai mempunyai kebolehan dengan latihan mampu melaksanakan tugas lebih mencabar"

Macam mane penilaian yang dilakukan?

A = berapa peratus ?
B = berapa peratus ?
C = berapa peratus ?
D = berapa peratus ?
E = berapa peratus ?
F = berapa peratus ?

Hasil kerja yang bagaimana nak dilakukan?
Kalau soalan ini pun tak boleh nak jawab lebih baik tak payah menilai orang, sedangkan.. dalam syarat-syarat kerja yang sepatutnya ditugaskan untuk menjawat jawatan sekarang ini adalah kurang daripada yang sepatutnya dilakukan.
adakah itu dikira kita tak mencapai tahap yang dikehendaki, ini la masalhnye sistem GOMEN yang menampakkan kelemahan kepada sistem itu sendiri, tak ada pelarasan terhadap setiap penilaian itu sendiri. ermmm... teruk bunyi nye, malas aku nak komen banyak-banyak. Bagi aku sekiranya penilaian yang akan aku lakukan terhadap menusia-manusia ini aku akan tanya "APE JENIS-JENIS KERJA YANG SEPATUTNYA ANDA LAKUKAN? dan "SEKARANG KERJA BAGAIMANA YANG ANDA TELAH LAKUKAN? ADAKAH TELAH MELEBIHI APA YANG SEPATUTNYA? sekiranya telah melebihi tahap kerja yang anada lakukan saya akan berikan 100%... saya akan menjawab bagi pihak anda sekiranya ada sebarang pertanyaan... dan saya akan nyatakan bukti-bukti kukuh untuk menjawab persoalan. INSYAALLAH..
Tugasan 1 : Mengikut dalam FAIL MEJA ( fail meja nie adalah tugasan HAKIKI )
Contoh 1 : "MENYEDIAKAN LAPORAN TAPAK" maka anda telah melakukan kesemua kerja-kerja tersebut.. maka anda akan mendapat 100% markah.. dengan siap sepenuhnya.. kenapa dapat 90%? tak faham... adakah laporan itu dibuang @ tidak diterima? sungguh SUBJEKTIF.
Tugasan 2 : Mengikut dalam FAIL MEJA ( fail meja nie adalah tugasan HAKIKI )
Contoh 2 : "MEMBUAT SEMAKKAN PADA DRAWING PLAN" maka anda telah melakukan dan drawing telah diluluskan untuk pembinaan sehingg siap.. maka anda akan mendapat 100% markah.. akan tetapi anda mendapat 80% ? kenapa kurang adakah tak mencapai sasaran kerja? adoiyai sungguh SUBJEKTIF
Dan sekiranya pada yang suka menggunakan KIPAS mesti dapat CEMERLANG kan kan kan... dimana keadilannye... cuba tengok?

( sejuk tak.. ada duit mesti boleh punya sejuk )

Aku tak kesah la nak bagi markah berapa pun aku terima, tapi tak sepatunya MANUSIA MENILAI MANUSIA, mesti ada kepincangan. so sesungguhnya aku tak suka menilai org. Hanya ALLAH sahaja yang boleh menilai umat-umatnye... wallahualammissawab.
*REZEKI ITU BUKAN DATANG DARI MANUSIA, REZEKI ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T *
  • Popular
  • Categories
  • Archives