Peranan Unit ICT SKKS

OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan ICT untuk melancarkan proses P&P Sekolah dan segala urusan berkaitan bagi meningkatkan capaian dan perkongsian maklumat secara efisyen dan efektif.

AKTIVITI - AKTIVITI YANG DIJALANKAN

  • Penyelenggaraan pengoperasian server agar beroperasi dengan baik dan aspek-aspek keselamatan diambil kira.
  • Menjalankan kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan dan pengubahsuaian aturcara-aturcara komputer bagi sistem aplikasi apabila diperlukan akibat daripada keperluan-keperluan baru dan sebagainya.
  • Bertanggungjawab ke atas semua sistem komputer dan peralatan rangkaian komputer agar berfungsi dan beroperasi dengan baik.
  • Aktiviti membangun dan menyelenggara Laman Web Rasmi SKKS dan memastikan maklumat diselenggara dengan baik dan dikemaskini dari semasa ke semasa.
  • Membantu menyediakan dokumen sebutharga dan membuat penilaian teknikal berkaitan pembelian peralatan ICT
  • Membantu pegawai membuat kajian dan menguruskan keperluan peralatan ICT di Sekolah
  • Mewujud dan mengurus ID (username) dan kata laluan (password) bagi kegunaan kakitangan Sekolah bagi memasuki persekitaran Intranet dan e-mel Sekolah.
  • Memberi latihan dan khidmat nasihat kepada kakitangan Sekolah dari segi penggunaan perisian dan peralatan ICT.
  • Memberi bantuan teknikal dan memastikan sistem untuk pengisian online oleh Guru dan Staf berjalan lancar.
  • Popular
  • Categories
  • Archives