Cara Blok Laman Web – k9webprotection


Menggunakan sofware adalah cara termudah untuk blok laman web lucah. Anda sedia maklum bahawa laman web lucah semakin berkembang di atas permintaan ramai, malah ada jugak blog-blog yang menyediakan link video high definition untuk download secara percuma. Hasilnya mereka menjadi sangat kaya dan kita semakin hanyut malah batin semakin terseksa apabila kerap melihat video-video terlarang yang mereka sediakan.





Caranya cukup mudah, gunakan k9webprotection. Anda boleh muat turunnya secara percuma. Sebenarnya idea menggunakan software ini telah dicetus oleh Guru besar, Pn. Hawa bukan calang-calang cikgu tau,  banyak benda dia tau pasal dunia ICT nie. 
Software ini dapat menyekat sebarang laman web lucah menggunakan keyword. Sebagai contoh, jika anda search keyword porn, seks, dan banyak lagi keyword yang berkaitan dengan lucah di google, anda tidak akan jumpa laman-laman yang berkaitan. Sofware ini memang sangat bijak sehingga penggunaan proxy pun tewas. Anda boleh juga menyekat laman-laman tertentu mengikut kategori ataupun laman-laman sosial tertentu seperti facebook(jika mahu).
Untuk maklumat lanjut boleh terus ke laman web mereka di http://www1.k9webprotection.com/, saya pasti anda cepat faham untuk menggunakannya kerana ia perisian yang berasaskan web yang memang mudah untuk difahami.
  • Popular
  • Categories
  • Archives