Allhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan
keizinanNya blog rasmi Pusat Akses Sekolah dapat disempurnakan. Selawat dan
salam ditujukan kepada Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW.
Adalah menjadi hasrat sekolah untuk mencapai tahap gemilang dan
berkesan. Selaras dengan hasrat tersebut pihak sekolah telah berusaha
menyediakan laman Blog Pusat Akses sekolah untuk sesiapa sahaja mengekses laman blog Pusat Akses sekolah ini, baik untuk mendapatkan informasi, mahupun untuk
beintenteraktif sesama sendiri.
Laman Blog Pusat Akses ini bertujuan untuk memberi maklumat yang jelas dan
terperinci serta terkini tentang latar belakang Pusat Akses SMK Tunku Panglima Besar Kulim Kedah serta
dapat menambahkan pengetahuan dan maklumat kepada semua mengenai
falsafah, matlamat, objektif, misi visi, dan perkembangan terkini Pusat Akses SMK Tunku Panglima Besar Kulim.
Semoga segala ikhtiar dan usaha yang akan kita semua laksanakan diberkati dan dirahmati Allah SWT
Pengetua
YAZI BIN YUSOF