Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
SMK Tunku Panglima Besar (SMKTPB) telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan terbinanya laman Blog Pusat Akses sekolah . Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin hari semakin maju, Saya tentunya tidak mahu ketinggalan dalam mengaplikasikan dan meneroka kemajuan tersebut sendiri.Dengan kewujudan laman Blog ini, SMKTPB mula bergerak beriringan bersama-sama dengan sekolah yang lain dalam usaha menongkah arus kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Ia sudah menjadi satu keperluan pada masa kini untuk setiap organisasi dalam mengembangkan sayap sejajar dengan pembangunan negara ke arah melahirkan rakyat yang celik teknologi maklumat dan komunikasi.
Sebagai sebuah sekolah yang berstatus Sekolah Maya, laman Blog ini secara tidak langsung dapat memantapkan kredibiliti SMKTPB sebagai sekolah contoh dari segi pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi.
Harapan saya di masa hadapan, SMKTPB dapat melahirkan generasi yang celik teknologi maklumat dan komunikasi dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar dari masa ke semasa.
“Menjadi Yang Terbaik”
Terima kasih.
SHARINA ISMAIL
JURUTEKNIK KOMPUTER
SMK TUNKU PANGLIMA BESAR KULIM
KEDAH